WhatsApp

03-8723 3383

Lokasi

Bandar Teknologi Kajang

Waktu Operasi

Mon-Fri: 8.00Am-10.00PM
Sat-Sun: 8.30AM - 10.00PM

Rawatan Kesuburan & Perancangan Keluarga

Penjagaan kesihatan untuk meningkatkan kesuburan dan perkhidmatan perancang keluarga menyeluruh.

Rawatan Kesuburan & Perancangan Keluarga

Klinik Dr. Syaz memahami betapa pentingnya perancangan keluarga dan kesihatan reproduktif dalam kehidupan setiap individu. Kami menyediakan perkhidmatan yang komprehensif dan berfokus pada keperluan unik setiap pesakit.

Perancangan Keluarga

Menawarkan pelbagai kaedah perancangan keluarga yang sesuai untuk mencapai matlamat kesihatan reproduktif pesakit. Kaedah-kaedah termasuk:

  • Implanon: Pemasangan implant hormonal untuk perlindungan jangka panjang.
  • IUCD (Intrauterine Contraceptive Device): Pemasangan alat kontraseptif intrauterin untuk perlindungan berpanjangan.
  • Depoprovera: Suntikan kontraseptif yang memberikan perlindungan selama beberapa bulan.
  • COCP (Combined Oral Contraceptive Pills) & POP (Progestin-Only Pills): Pil kontraseptif yang sesuai dengan keperluan individu.

Kesuburan: Diagnosis & Rawatan

Kami memulakan proses dengan menyediakan pemeriksaan menyeluruh dan work-up bagi pasangan yang mengalami masalah kesuburan.

Melibatkan ujian kesihatan reproduktif dan pemeriksaan untuk menentukan faktor-faktor yang mungkin mempengaruhi kesuburan.

Kami menawarkan pelbagai perkhidmatan yang terperinci dan berfokus untuk membantu pasangan yang menghadapi cabaran kesuburan. Antaranya:

Intrauterine Insemination (IUI)

  • Kami menyediakan perkhidmatan IUI yang melibatkan penyerapan sperma yang telah diproses ke dalam rahim pada masa yang sesuai bagi meningkatkan peluang kehamilan.
  • Proses ini dilakukan dengan teliti dan dipantau untuk memaksimakan kejayaan.

Semen Analisis

  • Khusus untuk lelaki, kami menawarkan ujian analisis sperma untuk menilai kualiti sperma.
  • Hasil analisis sperma membantu menentukan langkah seterusnya dalam merancang rawatan kesuburan.

HYFOSY (Hysterosalpingo-Contrast-Sonography)

  • Bagi wanita, kami menyediakan ujian HYFOSY untuk memeriksa keadaan saluran tuba dan menentukan sama ada terdapat sumbatan atau masalah lain.
  • Prosedur ini membantu menilai keadaan reproduktif wanita dengan lebih terperinci.

Temu Janji

Dapatkan temu janji bersama Klinik Dr. Syaz untuk pelbagai rawatan kesihatan anda.

Hubungi Kami

Ada soalan? Tanyakan kepada kami.

Lokasi Kami

62, Jalan 1/2, Seksyen 1, Bandar Teknologi Kajang, 43500 Semenyih, Selangor

Servis Lain Di Klinik Dr. Syaz